
Transcription
KONFLIK ISRAEL – PALESTIN DARI ASPEK SEJARAH MODEN DANLANGKAH PEMBEBASAN DARI CENGKAMAN ZIONISOleh:Mohd Roslan Mohd Nor AbstrakPresiden Amerika Syarikat, Obama, ketika berucap di Cairo pada bulan Jun 2009melahirkan rasa simpati kepada masyarakat Palestin yang telah ditindas selamalebih satu abad. Peristiwa penjajahan zionis ke atas Palestin telah merubahlanskap pemerintahan di Asia Barat. Ada di antara sarjana yang menyatakanbahawa selagi kezaliman dilakukan oleh golongan zionis, selagi itulah tidak akanwujud keamanan di rantau tersebut secara khusus dan di dunia ini secara umum.Artikel ini meninjau dari aspek sejarah moden mengenai konflik yang berlaku danmencadangkan beberapa langkah yang boleh diketengahkan untuk kebaikan dankeamanan sejagat.Kata kunci: Konflik Palestin, Israel, Zionis, Asia Barat, KeamananAbstractPresident of the United States, Obama, speaking in Cairo in June 2009, expresseddeep sympathy to the Palestinians who have been oppressed for over a century.Zionist occupation of Palestine has changed the landscape of government in theMiddle East. Some of the scholars believe that as long as the injustice committedby the Zionists, so long that there can be no peace in the region in particular andthe world in general. This article is to review aspects of the modern history of theconflict and suggests some steps that can be brought to the goodness and globalpeace.Keywords: Palestine conflict, Israel, Zionist, Middle East, PeacePendahuluanKonflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejaksekian lama. Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 May1948, kita akan dapati bahawa konflik tersebut sudah berlansung selama lebih 6dekad. Manakala jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ketangan pihak British semenjak tahun 1917. Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaanTurki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinanGeneral Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations – LigaBangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi United Nations – Bangsa-bangsaBersatu), telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin. Mohd Roslan Mohd Nor, PhD, merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Sejarah danTamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email:m [email protected].
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 5 (2010) 73-92Ketika itu, Palestin secara rasmi diletakkan di bawah pentadbiran pihak Britishyang juga dikenali sebagai British Mandate. Ketika penulis menyelidik beberapasumber, didapati bahawa para sarjana hampir sepakat mengatakan bibit-bibitkejatuhan Palestin itu bermula sejak akhir abad ke 19 Masihi disebabkan olehkelemahan pemerintahan kerjaan Turki Uthmaniyyah. Ia turut ditambah dengankewujudan agenda zionis selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World ZionistOrganization) ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897.1Umat Islam di Palestin tidak berdiam diri ketika negara mereka di bawahpemerintahan British. Ia seakan bentuk penjajahan yang berlaku ke atas negaramereka, sepertimana juga boleh digambarkan dengan apa yang berlaku di TanahMelayu. Di Palestin, para penduduk mereka termasuk para ulama’ terus berjuanguntuk mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman pihakluar. Nama-nama seperti Haji Husaini, Mufti Palestin, terkenal dengan sikap yangditunjukkan beliau dalam menentang dasar-dasar pihak penjajah yang mulaberlembut dengan golongan Yahudi dan membawa golongan ini masuk kePalestin. Ini adalah sebahagian dari usaha pihak Zionis untuk menyelamatkangolongan Yahudi yang ditindas di Eropah, lebih-lebih lagi di Eropah Timur.Usaha golongan Yahudi ini sebetulnya didalangi oleh Pertubuhan Zionis, satukumpulan yang ditubuhkan pada asalnya untuk membela golongan Yahudi. Tetapioleh kerana ia dipimpin oleh golongan sekular, maka sebahagian mereka inginmenubuhkan sebuah negara. Ini juga terkandung di dalam dokumen yang dikenalisebagai Judenstat atau The State of Israel. Ia adalah hasil daripada pemimpinpertama Pertubuhan Zionis, iaitu Theodor Herzl. Dokumen ini telah menjadibahan utama dalam mereka mencari jalan untuk menubuhkan sebuah negara bagigolongan Yahudi.Agenda Zionis2 dalam Menakluk PalestinHasrat Zionis berjaya dikembangkan selepas kerajaan Islam Turki Uthmaniyahlemah dan tidak dapat mempertahankan tanah penduduk Islam. Walaupun SultanAbdul Hamid II tidak membenarkan permintaan untuk mewujudkan negara Israel1Lihat Gelvin, James L. (2005), The Israel-Palestine Conflict One Hundred Years of War, CambridgeUniversity Press, h. 52; Bard, Mitchell Geoffrey & Schwartz, Moshe (2005), 1001 Facts EveryoneShould Know About Israel, US: Rowman and Littlefield Publishers, h. 3.2Istilah Zionis terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘ZION’ dan ‘ISME’. Perkataan ‘Zion’ diambildaripada perkataan Ibrani (bahasa Yahudi) yang bermaksud ‘batu’. Batu yang dimaksudkan disini ialahikatan batu bangunan istana atau ‘Haikal’yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di kota Al-Quds.Manakala ‘Isme’ pula (bahasa Inggeris) yang bermaksud ‘fahaman’ atau ‘ajaran’. Oleh sebab itu,gabungan daripada ‘Zion’ dan ‘isme’ membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi diseluruh dunia. fahaman ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan sebuah kerajaan‘Israel Kubra’ (Israel Raya) serta menjadikan kota Al-Quds ini sebgai ibu kotanya. Kesimpulanya,Zionisme adalah adaptasi daripada beberapa perkataan yang memberi makna yang menjurus kepadabentuk ideologi yang dianut oleh bangsa Yahudi sedunia dan ini telah menolak tanggapan bahawaZionisme adalah satu gerakan yang didokong oleh mereka. Oleh itu , istilah ini sering kita dengaridimana-mana kerana mereka menganut fahaman ini dan Zionis pula di guna pakai kepada bangsaYahudi.74
Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Modendan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionisdi Palestin,3 tetapi beliau tidak dapat menghalang perkara ini kerana lobi zioniscukup kuat di England. Lobi zionis diketuai oleh Dr C Wheizmann,4 penggerakGerakan Zionis British dan merupakan Ketua Perunding Zionis (Chief ZionistNegotiator) untuk mendapatkan sokongan dari Britain itu.Pihak Pertubuhan Zionis mempunyai agenda tersendiri untuk mewujudkansebuah negara bagi bangsa Yahudi di Palestin yang diskong oleh undang-undangawam (public law). Ini dapat dilihat melalui perancangan Zionis untuk mencapaiagenda utama ini dengan penumpuan kepada 4 perkara:51.2.3.4.Melakukan promosi, mengikut kesesuaian, tentang penjajahan Palestinmelalui sistem pertanian Yahudi dan pekerja industri.Mewujudkan organisasi dan kerjasama dengan seluruh jentera Yahudidengan cara menguasai institusi, tempatan atau antarabangsa denganmengikut undang-undang setiap negara.Menguatkan dan meningkatkan kesedaran serta sentimen kebangsaanYahudi.Melakukan persediaan untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan, jikaperlu, untuk menjalankan tujuan serta agenda Zionis.Jika diperhatikan dengan teliti ketetapan di atas yang dipersetujui oleh Zionis,maka akan difahami bahawa Zionis merancang rapi untuk menjayakan agendautama mereka dengan cara melobi untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap3Pada tahun 1901, pemimpin zionis pertama Theodor Herzl telah cuba melakukan rundingan terusdengan Sultan Turki. Beliau mengemukakan cadangan untuk membenarkan imigran Yahudi masuk kePalestin dengan menawarkan tawaran menarik iaitu bantuan kewangan untuk membantu mendapatkansumber-sumber dan barang keperluan untuk Empayar Othmaniyah. Namun begitu, di atas prinsip tegasSultan Turki ini, beliau tidak membenarkan Palestin menerima kedatangan gerombolan kaum Yahudi,walaupun ditawarkan dengan wang sebagai umpan. Dan tawaran Herzl itu tertolak begitu sahaja. LihatMallison, W. Thomas and Mallison, Sally V. (1986). The Palestine Problem in International Law andWorld Order, UK: Longman Group Limited, h. 20 – 21.4Beliau merupakan seorang saintis Yahudi, dilahirkan di Rusia, dibesarkan dalam tradisi Yahudi dikampung asalnya (his native) shtetl of Motel, berhampiran Pinsk, dan belajar di universiti terkemuka diSwitzerland dan German. Beliau berjaya memperolehi PhD dalam bidang Kimia dari UniversitiFreiburg. Dilantik sebagai reader (professor madya) dalam bidang Kimia pada tahun 1904 diUniversiti Manchester, UK. Oleh kerana beliau berpegang kepada tradisi Yahudi sepanjang kehidupanawalnya, maka dia telah memilih dengan cepat tanpa ragu untuk menyertai gerakan English Zionistselepas beliau tinggal di Manchester. Dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik, danlatarbelakang yang kuat berpegang kepada ajaran Yahudi, beliau dengan mudah dalam masa tidaksampai 10 tahun berjaya menjadi pemimpin Anglo-Zionism. Pada tahun 1914, beliau telah berjayamemperolehi sokongan taat setia dari kelompok terkemuka Yahudi di England, sokongan dari Rabbiberpengaruh iaitu Herz dan Gaster, sokongan dari hartawan Lionel dan James Rothschild, sertasokongan para intelek mereka seperti Herbert Bentwich dan Harry Sacher. Lihat Sachar, HowardMorley, (1963), The Course of Modern Jewish History, New York: A Delta Book, h. 372. MenurutMallison, beliau berpindah ke England pada tahun 1904 kerana beliau yakin bahawa dikalangannegara-negara kuasa besar dunia, hanya England yang boleh memberi sokongan efektif kepada gerakanzionis. Lihat: Mallison, W. Thomas and Mallison, Sally V., (1986). op.cit, h. 21.5Mendes-Flohr, Paul and Reinharz, Jehuda (1995). The Jew in the Modern World: A DocumentaryHistory, New York: Oxford University Press, h. 540.75
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 5 (2010) 73-92mereka. Strategi yang digunakan dengan bekerja berdasarkan undang-undangsesuatu negara juga menunjukkan betapa teliti pergerakan mereka sehingga tidakmahu dilihat sebagai penentang kepada sesebuah negara. Apabila ini dapatdijayakan, maka negara-negara yang ada di dunia akan melahirkan simpatiterhadap golongan Yahudi.Disebabkan oleh kebolehan mereka untuk melobi ini telah menyebabkansimpati kuasa besar pada ketika itu iaitu Britain untuk menyokong penubuhansebuah negara untuk orang Yahudi di Palestin. Ini dapat dilihat melalui DeklarasiBalfour yang dikeluarkan pada 2 November 1917. Deklarasi tersebut menyatakan:“His Majesty’s Government view with favour the establishmentin Palestine of a national home for the Jewish people, and willuse their best endeavours to facilitate the achievement of thisobject, it being clearly understood that nothing shall be donewhich may prejudice the civil and religious rights of existingnon-Jewish communities in Palestine, or the rights and politicalstatus enjoyed by Jews in any other country.”6Deklarasi ini dengan jelas telah menyebut bahawa kerajaan Britain menyokongpenubuhan negara untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ia juga menunjukkan betapapihak Britain akan memastikan bersungguh-sungguh supaya negara itu wujud,walaupun hakikatnya masyarakat yang menduduki tanah Palestin itu adalahhampir keseluruhannya Arab, majoritinya di kalangan Muslim dan sebahagianKristian. Secara tidak lansung, pihak Zionis telah mendapat sokongan padu bagimenjayakan agenda utama mereka. Ketika itulah mereka terus mempergiat usahauntuk menawarkan kepada golongan Yahudi di Eropah terutama mereka yangberada di Eropah Timur untuk berhijrah ‘pulang’ ke Palestin.Golongan Yahudi di Eropah Timur sememangnya memerlukan pembelaankerana mereka telah ditindas sejak sekian lama. Mereka adalah golongan yangtidak mendapat tempat, malah mereka amat bimbang untuk mengaku sebagaiYahudi kerana mereka akan dihalau, dipaksa dan sebagainya. Sebab itulahwujudnya istilah anti-semitism, di mana ia sebenarnya berlaku di Eropah. Ini jelasdapat dilihat apabila Achcar ada menyatakan “previous waves of anti-Semitismwere at their peak when you had Jewish immigration from Eastern Europe –that’s a well-known historical fact.”76Deklarasi Balfour banyak dirakam di dalam penulisan-penulisan, diantaranya: Gelvin, James L.(2005), The Israel-Palestine Conflict One Hundred Years of War, h. 81; Mallison, W. Thomas andMallison, Sally V. (1986). The Palestine Problem in International Law and World Order, UK:Longman Group Limited, h. 47.7Chomsky, Noam and Achcar, Gilbert (2008), Perilous Power – The Middle East and US ForeignPolicy: Dialogues on Terror, Democracy, War and Justice, UK: Penguin Books, h. 204.76
Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Modendan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman ZionisTetapi terbalik pula pada waktu ini ada yang mengaitkan anti-semitism sebagaisikap Islam terhadap orang-orang Yahudi. Ini silap. Sebenarnya Yahudi telahmendapat pembelaan semenjak Islam mentadbir Palestin. Saidina Umar telahmembenarkan golongan Yahudi untuk berkongsi kesucian Bayt al-Maqdis setelahmereka dihalang semenjak tahun 135 Masihi untuk memasuki kota tersebut olehRoman Byzantine. Pada ketika ini, penentangan orang Islam ke atas Israel bukankerana mereka Yahudi tetapi disebabkan oleh mereka merampas tanah orangPalestin untuk mendirikan negara mereka.Peluang Zionis untuk membina negara bagi golongan Yahudi di Palestinterbuka luas kerana ketika Deklarasi Balfour dikeluarkan, Palestin sudah berada dibawah penjajahan British. Ini berlaku selepas pasukan tentera Islam di bawahkerajaan Turki Uthmaniyyah gagal untuk bertahan sehingga tewas dan terpaksamenyerahkan wilayah penuh sejarah itu kepada pihak lawan.Banyak cara digunakan oleh Zionis untuk memungkinkan mereka mencapaihasrat mewujudkan sebuah negara. Mereka menghalau penduduk keluar darikampung-kampung mereka, mencetuskan ketidakstabilan, menyerang masyarakatkampung dan sebagainya. Mereka didorong melakukan apa saja kerana merekatelah mendapat sokongan kuasa dunia. Jadi, tidak ada apa yang ditakutkan ketikamereka melakukan keganasan terhadap penduduk-penduduk Palestin.Semangat Deklarasi BalfourDr Wheizmann pada mulanya kecewa dengan deklarasi tersebut, kerana ia tidaktegas dan tiada jaminan jelas negara Israel akan diwujudkan. Perkataan 'view withfavour' itu tidak cukup kuat menjamin negara Israel MESTI diwujudkan. Olehsebab itu Dr. Wheizmann meluahkan kekecewaannya dan menyatakan deklarasiitu sebagai “a painful recession from what the Government itself was prepared tooffer”.8Menurut Cattan, tuntutan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara bagi orangorang Yahudi dengan mengatakan bahawa orang Yahudi mempunyai hubungansejarah lama di Palestin itu sebenarnya tiada asas dalam perundangan (no basis inlaw), malah tiada asas yang nyata (in fact).9 Beliau menegaskan bahawa di bawahundang-undang antarabangsa, sudah jelas dan nyata kaedah untuk mendapatkansesuatu tanah atau daerah (territory). Dan mengaitkan dengan sejarah lama(historic title) tidak termasuk dalam kaedah itu. O’Connell pula turut menegaskanbahawa istilah historic right atau historic title digunakan dalam undang-undangantarabangsa untuk merujuk kepada permohonan mendapatkan hak kawasan(territory) yang berkaitan dengan perairan (maritime).1089Cattan, Henry (1973), Palestine and International Law, London: Longman, h. v.Ibid, h. 48O’Connell, D.P, International Law, Vol I, h. 485-486.1077
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 5 (2010) 73-92Jelas di sini bahawa berdasarkan undang-undang antarabangsa, tidak ada sebuahnegara pun boleh ditubuhkan atas alasan dia mempunyai kaitan sejarah sematamata. Jadi Israel tidak boleh menggunakan hujah ini, lantas cara terbaik yangmereka lakukan ialah dengan merampas, menduduki dan menghalau pendudukPalestin dari tanah air mereka. Dalam erti kata lain, Israel telah menggunakankeganasan, sehingga sanggup membunuh Penduduk Palestin yang tidak bersalahseperti dalam peristiwa Deir Yasin pada tahun 1948.Bagi Cattan, sebenarnya Deklarasi Balfour itu tidak mempunyai maksud untukmemberikan hak dan kekuatan politik (political sovereignty) kepada Yahudi diPalestin.11 Beliau menanggapi bahawa ini dapat dilihat dari reaksi British sendiriyang telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 1922, yang meminta supayaDeklarasi pada tahun 1917 itu “tidak sepatutnya menimbulkan sebarangkemarahan di kalangan rakyat Palestin . kerana ia tidak bermaksud untukmenghapuskan populasi masyarakat Arab di sana.”12Tetapi, pada hemat penulis, kenyataan yang dikeluarkan oleh British itu sudahmemadai untuk menunjukkan bahawa British sudah lunak dan menyebelahigolongan Zionis Yahudi. Kenyataan pada tahun 1922 itu hanya sekadar lontaranuntuk meredakan kemarahan masyarakat Arab Palestin sahaja. Walau apa punyang dijadikan alasan oleh pihak British, lihatlah kesannya setelah 31 tahunDeklarasi Balfour itu diumumkan, Israel sudah dapat menubuhkan sebuah negaradisebalik kesengsaraan rakyat Palestin.Inilah yang digambarkan oleh Cattan dengan ungkapan walaupun DeklarasiBalfour itu dikatakan tidak mempunyai visi yang kuat untuk menubuhkan negaraIsrael, tetapi ia telah memberi kekuatan kepada Gerakan Zionis untuk terus melobikuasa besar dunia demi satu tujuan, iaitu untuk mewujudkan sebuah negarakhusus kaum Yahudi; walaupun ditentang hebat oleh masyarakat Arab Palestindan umat Islam amnya.Lebih malang lagi bagi Arab Palestin, apabila pengiystiharan negara Israeldilakukan pada 15 May 1948 disokong oleh Perhimpunan Agung PBB yangsecara rasmi mewujudkan sebuah negara “to be called Medinath Yisrael (TheState of Israel)”.KeganasanYahudi sebelum Kewujudan Negara Israel – Kes Deir YasinKezaliman yang dilakukan oleh Yahudi mesti dinyatakan bukan semata-matakerana kesalahan yang mereka lakukan. Tetapi kezaliman itu mesti disebarkankepada umum kerana tindakan mereka menyebabkan kesan yang sangatmendalam kepada penduduk Arab-Palestin. Peristiwa yang tidak boleh dilupakan1112Cattan, 1973, Palestine and International Law, h. 55Ibid.78
Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Modendan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionisitu ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan tentera Yahudidikenali sebagai Irgun Zai Leumi pada 9 April 1948 ke atas penduduk Deir Yasin.Ia sebelumnya sebuah perkampungan sederhana, aman damai, terletak di sebelahbarat Jerusalem dengan jarak kira-kira 1 batu setengah dari bandar tersebut danperkampungan ini termasuk di dalam zon yang dikenali sebagai corpus separatum.Satu kenyataan yang boleh dipercayai tentang peristiwa berdarah danpembunuhan kejam ini, datang daripada Jacques de Reyneir, Ketua DelegasiPersatuan Palang Merah Antarabangsa, di mana beliau mengambil risiko sendiriuntuk pergi melihat dan menyaksikan sendiri kesan daripada tragedi tersebut.Beliau menyatakan dengan jelas bahawa 300 orang telah dibunuh dengankejam. Tanpa sebarang sebab dari segi ketenteraan atau apa jua provokasimasyarakat Arab-Palestin, tetapi orang tua lelaki, wanita, kayak-kanak, bayi barulahir, semuanya dibunuh dengan bom grenad dan pisau, begitu kejam, olehpasukan tentera Yahudi, Irgun, dengan arahan secara jelas oleh ketua-ketuamereka.13Kekejaman mereka ditambah dengan sikap brutal yang dahsyat. Bagi tujuanmendapatkan kesan yang lebih hebat dan memberi tekanan psikologi kepadamasyarakat Arab-Palestin, tentera Irgun telah mengambil mangsa-mangsa yangterselamat dari pembunuhan beramai-ramai itu dan memasukkan mereka ke atastrak-trak mereka. Ini termasuk sebahagian darinya adalah wanita, di bawa berarakke bandar dan dipamerkan di jalan-jalan sekitar Jerusalem14 sebagai tandakemenangan mereka dan hadiah ke atas kejayaan dari segi ketenteraan juga.15Pada malam yang sama, ketua-ketua terroris Yahudi yang telah merancangpembunuhan dan pembersihan etnik ini telah mengadakan sidang akhbar bagimenyatakan hasrat mereka untuk terus mengawal serta menguasai rantau tersebut.Jumlah mangsa dikalangan masyarakat Arab-Palestin yang kehilangan tempattinggal disebabkan kezaliman, keganasan dan pembuangan daerah oleh tenteraYahudi ini tidak dapat ditentukan dengan sahih kerana tiada data dan tiadabancian yang dibuat ke atas pelarian, begitu juga tiada jumlah yang diperolehiberdasarkan tempat kelahiran atau tempat asal mereka.16 Namun, sebilanganbesar pelarian dari Jerusalem itu datang dari penempatan masyarakat Arab diJerusalem moden, yang mana penempatan itu telah dikuasai oleh tentera Israel.Keseluruhan penempatan Arab ini telah dikosongkan dan pendudukan asal dipenempatan tersebut dipaksa keluar.13Lihat terjemahan dari de Reyneir, Jacques (1950), A Jerusalem un Drapeau Flottait sur la Ligne deFeu, Baconniere, Neuchatel, h. 213.14Levin, Harry (1950), Jerusalem Embattled, London: Gollancz, h. 50.15Menachem Begin (1951), The Revolt: Story of the Irgun, New York: Schuman, h. 30 – 50.16Lihat Henry Cattan (1981), Jerusalem, London: Croom Helm, h. 45.79
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 5 (2010) 73-92Palestin Selepas Kewujudan Negara IsraelWalaupun penguasaan Yahudi terhadap rantau ini secara rasmi dinyatakanbermula dari pengisytiharan Israel sebagai sebuah negara pada 15 Mei 1948,17tetapi menurut Cattan pengisytiharan sebagai negara sebenarnya telah digembargemburkan oleh Israel sehari sebelum itu iaitu lagi.18 Sejak penubuhannya secararasmi, bermacam usaha yang dilakukan oleh Israel terutama untuk menguasaiJerusalem Timur (East Jerusalem) iaitu kawasan di mana terletaknya Masjid alAqsa dan Qubbah al-Sakhrah (The Dome of the Rock).Selepas penubuhan negara Israel disiytiharkan, penduduk berbangsa Arab diPalestin menerima kesan yang sangat pedih, di mana ada di antara mereka yangdihalau keluar dari kampung halaman mereka. Ramai yang terpaksa keluar dariPalestin dan mula tinggal di kem-kem pelarian sementara yang didirikan di sekitartanah Palestin seperti di Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Sehingga hari ini, masihramai yang tinggal di kem-kem pelarian tanpa mendapat pembelaan yangsewajarnya. Malah, dunia tetap menghukum mereka kerana tidak mahumemberikan kerjasama dalam menerima dan mengiktiraf kewujudan Israel.Semenjak Israel menang Perang-6-Hari dan seterusnya menawan serta menjajah(occupied) Jerusalem Timur pada bulan Jun 1967,19 Masjid al-Aqsa dan Bayt alMaqdis terus dikuasai oleh Yahudi secara politik dan perundangan, sehinggalahke hari ini. Masyarakat Islam Palestin dan antarabangsa tidak dapat untukmengunjungi Masjid al-Aqsa secara bebas. Mereka harus mendapat kebenaranterlebih dahulu dari pihak tentera Israel. Inilah kesan penjajahan yang merekalakukan ke atas tanah Palestin ini.Hasil dari penjajahan itu juga, Palestin telah mengalami pelbagai peristiwa yangmewarnai kedukaan umat Islam. Pada 21 Ogos 1969, Masjid al-Aqsa telahdiserang dan dibakar oleh musuh yang tidak bertanggungjawab. Bahagian masjidyang teruk terbakar ialah di sebelah tenggara yang turut dikenali sebagai al-Haramal-Sharif. Satu bahagian yang bersejarah turut hangus iaitu Mimbar Masjid berusia1000 tahun yang telah didatangkan dari Aleppo pada zaman Salahudin al-Ayyubi.Pembakaran itu angkara durjana pelancong dari Australia, Michael Denis Rohan,penganut Kristian Evangelical, mazhab yang dikenali sebagai Worldwide Churh ofGod.Ini berlaku sudah tentu kerana tiada kawalan ketat yang dilakukan oleh tenteraIsrael terhadap pelancong asing yang berkulit putih. Tentera Israel hanyamenyusahkan orang-orang beragama Islam sahaja untuk masuk ke Masjid alAqsa, tetapi membiarkan orang-orang lain, termasuk Yahudi dan Kristian masuk17Pappe, Ilan (1994), The Making of the Arab-Israeli Conflict 1947 – 51, London: I. B Tauris & CoLtd, h. 44.18Cattan, Henry (1976), Palestine and International Law, UK: Longman Group Ltd, h. 21 – 23.19Ibid, h. 167 – 169.80
Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Modendan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zioniske kawasan masjid itu. Di samping itu, berlaku banyak pergolakan untukmembantah kewujudan negara Israel disebabkan oleh ia ditubuhkan di atas tanahmilik orang-orang Arab Palestin.Pada tahun 1987, telah berlaku kebangkitan besar-besaran rakyat Palestin untukmembela diri dari penindasan berterusan. Ia masyhur dengan nama intifadahpertama, berlansung sehingga tahun 1993, ia kembali reda apabila perjanjian Osloditandatangani. Perjanjian itu adalah untuk berdamai dan meredakan kemarahanrakyat Palestin seterusnya untuk membolehkan rakyat Israel hidup sepertisediakala. Kebangkitan ke-2 rakyat Palestin berlaku pada tahun 2000, bermulapada 29 September. Ia berlaku selepas kesucian Masjid al-Aqsa dicemari denganlawatan oleh Perdana Menteri Israel iaitu Ariel Sharon pada 28 September 2000diiringi oleh 1000 tentera Israel. Lawatan secara sengaja itu telah menyebabkanberlakunya intifadah ke-2 rakyat Palestin. Mereka bangkit menentang tindakanyang dilakukan oleh Sharon itu, di mana ia telah mencemarkan tempat ibadahumat Islam dan dengan sengaja menaikkan kemarahan umat Islam. RakyatPalestin bangkit memprotes pada keesokannya, selepas solat Jumaat merekamenentang pasukan pengawal Israel yang telah menyebabkan lebih 200 orangIslam cedera, sekurang-kurangnya 4 orang maut.20 Kebangkitan ke-2 ini telahberlansung dengan agak lama, sehinggalah ada beberapa usaha damai yang ingindilakukan seperti Road Map 2002, 2005 dan persidangan Annapolis pada tahun2007.Keganasan Israel berterusan secara besar-besaran berlaku apabila merekamenyerang Gaza pada akhir 2008 hingga 22 Januari 2009 yang telah meranapkansebuah daerah kecil dengan begitu dahsyat sekali. Mereka menyerah tidak kiramasa dan ketika, tidak menghiraukan sekolah, rumah ibadah dan apa sahajabangunan yang ada, semua menjadi mangsa pengeboman. Rakyat yang terkorbankerana serangan itu mencecah ribuan manusia. Israel melakukan keganasan iniuntuk memerangi Hamas yang memerintah Gaza bermula Mac 2006. Merekamenganggap Hamas sebagai golongan teroris yang harus diperangi. Mereka jugamelobi barat supaya tidak memberi bantuan kewangan kepada kerajaan Hamastersebut.Palestin Dalam Cengkaman Israel 21Dalam dunia kontemporari hari ini, kita melihat bahawa pada hakikat bahawaPalestin berada di bawah penguasaan Yahudi yang telah menubuhkan negaraIsrael di atas tanah yang dirampas dari penduduk Arab terutamanya pendudukIslam.20Gelvin, James L. (2005), The Israel – Palestine Conflict, h. 242 – 243.Bahagian ini dipetik dari Abdul Ghani Samsudin dan Mohd Roslan Mohd Nor (2008). ‘BeberapaLangkah Awal untuk Pembebasan al-Aqsa,’ kertas kerja yang dibentangkan di al-Aqsha InternationalConference pada 21 Ogos 2008, anjuran Center of Middle East Studies (COMES), di AuditoriumAdhyana Wisma Antara Jakarta, Indonesia, h. 4 – 5.2181
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 5 (2010) 73-92Manakala pada bulan Februari 2007, pengorekan telah berlaku di mana pihakIsrael ingin membina jejantas. Walaupun pengorekan itu berlaku pada jarak 60meter dari Masjid al-Aqsa, namun umat Islam tetap membantahnya kerana khuatirakan kesan yang akan dihadapi nanti. Ini menyebabkan Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniya memohon supaya pejuang-pejuang Palestin bersatu demimempertahankan Al-Aqsa. Pengorekan di bawah tapak Masjid al-Aqsa ini bukanperkara baru. Ia tidak lain bertujuan untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa bagidibina apa yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman, lambang keunggulan bagiorang Yahudi.Rencana keamanan tajaan Amerika yang turut dikenali sebagai ’road map’ seakantidak mampu untuk merungkai persoalan mencari kedamaian di Palestin danmengembalikan Bayt al-Maqdis serta seluruh tanah itu kepada umat Islam. Israelturut tidak serius dalam hal menyelesaikan konflik ini. Ia jelas apabila Israeldengan begitu angkuh membina tembok pemisah antara Israel dan sempadanJerusalem. Mereka seolah ingin menggambarkan kepada dunia bahawamasyarakat Muslim Palestin itu ganas, lalu perlu dibina tembok itu bagimenghalang orang Islam masuk ke kawasan mereka. Inilah bukti nyata perangpsikologi yang dimainkan oleh Israel. Amerika dikenali sebagai pembantu utamakepada Israel. Pada tahun 2004 sahaja Amerika telah menyalurkan 2.3 bilionsebagai bantuan ketenteraan dan 500 milion sebagai bantuan ekonomi ke atasIsrael.22 Mengapa Amerika beria sangat membantu Israel? Sudah tentulah iamempunyai kepentingan tertentu di Timur Tengah itu dan hanya Israel sahajalahyang boleh membantu Amerika dalam mencapai agenda yang diinginkan.23Malah apa yang ditekankan oleh Amerika iaitu untuk membentuk sebuah negaraPalestin yang merdeka, dilihat mempunyai agenda tersendiri. Jika ini yangdiperjuangkan oleh Amerika, maka ia bermaksud memaksa umat Islam untukmenerima kewujudan negara Israel tersebut. Kawasan yang ingin dijadikan negaraPalestin itu hanyalah dua daerah kecil, iaitu Jerusalem dan Gaza. Apakah ini nilaisebuah negara Palestin? Apakah semudah itu untuk membenarkan Israel terusmenguasai tanah Palestin ini? Apakah seluruh umat Islam boleh menerimakenyataan kewujudan negara Israel yang menjajah tanah rakyat Palestin itu? Iniyang harus dipersoalkan.Selagi mana Zionis Israel menguasai Palestin, di tambah dengan bantuanAmerika, selagi itulah umat Islam akan terus sengsara menanti suatu kepastianyang tidak pasti. Lihatlah apa yang berlaku baru-baru ini di mana seorang lelakiPalestin diperlakukan dengan kejam. Beliau ditembak dalam keadaan /LF 22 USA&Israel.pdf, diakses pada 5 Ogos 2008.Pada tahun 1953, German menjanjikan bantuan sebanyak 700 million sebagai gantirugi kepadaperistiwa Holocoust. France memberi bantuan ketenteraan. Amerika Syarikat memberi 3billionbantuan direct setiap tahun dan hampir 3 billion lagi bantuan indirect. Lihat Gelvin, James L. (2005),The Israel – Palestine Conflict, h. 170.2382
Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Modendan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionisditutup, tangannya diikat, lalu seorang tentera Israel tanpa rasa kemanusiaan, terusmembedil dengan senapang canggih mereka. Begitu mudah mereka mahu meragutnyawa umat Islam di al-Aqsa sekarang. Inilah yang digambarkan oleh NoamChomsky sebagai suatu perkara yang tidak mengejutkan: It is not surprising that aUS client state should adopt standard US military doctrine, which has left a tolltoo awesome to record, including very recent years.24Chomsky turut mengatakan bahawa sekiranya masyarakat Palestin itu berkulithitam, sudah tentu apa yang dibuat oleh Israel sekarang atas bantuan Amerikaboleh dikategorikan sebagai Apartheid moden. Beliau menyatakan: And just as theblack population was allowed into South Africa's white areas in disgracefullyunder-resourced townships, so
Konflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 May 1948, kita akan dapati bahawa konflik tersebut sudah berlansung selama lebih 6 dekad. Manakala jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia