Transcription

SOALAN LAZIM (FAQ)BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARANBAHAGIAN A: BERKENAAN ELAUN BULANAN DAN YURAN1. Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarangsudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalahuntuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hbbulan berikutnya.2. Soalan: Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulansahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?Jawapan: Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertamatempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujungbulan berikutnya.3. Soalan: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) danyuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.Jawapan: Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bankpelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajartajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masingmasing.4. Soalan: Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlusaya lakukan?Jawapan: Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah teruskepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, DoktorFalsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajarmembuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.5. Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama sayaRM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600(kurang RM600)?Jawapan: Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik PinjamanPendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan,maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).1

Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman PendahuluanMARA.6. Soalan: Tajaan MARA saya lambat diluluskan oleh itu saya telah membuatpembayaran yuran semester terdahulu menggunakan wang simpanan KWSP ibubapasaya. Bagaimana saya boleh menuntut semula yuran berkenaan kerana ia juga dalamtempoh tajaan MARA?Jawapan: Tuntutan pembayaran yuran boleh dibuat dengan menghantar surattuntutan dan resit asal pembayaran kepada alamat di bawah:Pengarah Penganjuran Pelajaran MARAUnit Bayaran (u/p Puan Ros-Azrina binti Borhan)Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA21 Jalan MARA50609 Kuala Lumpur7. Soalan: Saya masih menerima elaun melalui cek. Saya ingin pembayaran terus keakaun bank.Jawapan: Sila emelkan salinan buku bank / online banking / penyata bank yangmempunyai maklumat Nama dan No. Akaun Bank kepada Bahagian KewanganMARA:Emel: [email protected] / [email protected] B: BERKENAAN PERMOHONAN PINJAMAN EDULOAN MARA8. (ibu/bapa/kakak/abang/penjaga) bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?Jawapan: Pelajar tidak dibenarkan menggunakan akaun bank pihak ketiga. Pelajarhendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak ditolakoleh Bank.9. Soalan: Sudah 3 bulan saya menghantar dokumen perjanjian kepada MARA, namunsehingga kini saya masih belum menerima elaun pertama. Adakah permohonanpinjaman saya bermasalah?Jawapan: Sila hubungi administrator Eduloan untuk mengetahui status pinjamanEduloan anda.Emel: [email protected] / [email protected] / [email protected]: 03-261 32043 / 32087 / 320342

BAHAGIAN C: BERKENAAN PENGAJIAN SEMASA10. Soalan: Saya telah tamat pengajian lebih awal daripada tempoh tajaan sebenar.Apakah yang perlu saya lakukan?Jawapan: Pelajar perlu melaporkan status tamat pengajian kepada pegawai BhgPenganjuran Pelajaran (Unit Pemantauan) agar elaun bulanan dapat dihentikan.Seterusnya pelajar boleh memohon pengurangan bayaran balik daripada BhgKawalan Kredit sekiranya layak.11. Soalan: Saya telah gagal dalam peperiksaan dan perlu menambah tempoh pengajian.Apakah yang perlu saya lakukan untuk menambah peruntukan tajaan MARA?Jawapan: Pelajar perlu membuat surat rayuan tambahan tajaan dan isi borang yangberkenaan daripada pegawai Bhg Penganjuran Pelajaran (Unit Pemantauan).Pegawai Unit Pemantauan akan membentangkan kertas kerja untuk penambahantajaan untuk dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa. KeputusanJawatankuasa adalah muktamad dan sebarang rayuan selanjutnya tidak akan dilayan.12. Soalan: Saya ingin menukar kursus / institusi pengajian. Apakah yang perlu sayalakukan?Jawapan: Pelajar perlu membuat permohonan tukar kursus dan isi borang yangberkenaan daripada pegawai Bhg Penganjuran Pelajaran (Unit Pemantauan). Kursus/ institusi pengajian yang dimohon hendaklah kursus / institusi pengajian yang telahdidaftarkan dengan MARA sahaja. Sebarang pertambahan kos disebabkan kadaryuran atau tempoh pengajian tidak akan dipertimbangkan. Pelajar akan dikenakanpenalti elaun sara hidup selama 6 bulan setiap kali membuat pertukaran kursus /institusi pengajian.13. Soalan: Institusi pengajian saya telah menaikkan kadar yuran menyebabkanperuntukan yuran (DLYD) yang diberikan oleh MARA tidak cukup untuk menampungyuran pengajian saya.Jawapan: Institusi pengajian perlu memaklumkan kepada Unit Dasar, BhgPenganjuran Pelajaran MARA dan membuat permohonan peruntukan kadar yuransetiap kali ada kenaikan kadar yuran oleh institusi pengajian. Sebarang kenaikanyuran oleh institusi pengajian tanpa mendapatkan kelulusan Unit Dasar BhgPenganjuran Pelajaran MARA tidak akan dipertimbangkan untuk tambahanperuntukan.14. Soalan: Saya telah tamat pengajian peringkat ijazah. Bagaimanakah caranya untukmendapatkan tajaan MARA untuk peringkat sarjana pula?Jawapan: Tajaan MARA adalah untuk peringkat pengajian yang tertera dalam surattawaran pinjaman pelajaran MARA sahaja. Untuk tajaan di peringkat pengajian yangseterusnya, pelajar perlu memohon semula di laman sesawang MyEduloan MARA di:(https://myeduloan.mara.gov.my/).3

15. Soalan: Dalam Lampiran A surat tawaran saya, tajaan pinjaman pelajaran MARAkepada saya adalah RM50,000 (contoh). Kini saya sudah tamat pengajian dan jumlahyang saya telah terima Cuma RM45,000 (contoh). Bolehkah saya tuntut bakiRM5,000?Jawapan: Jumlah pinjaman yang ditawarkan (Lampiran A) hanyalah anggaranperbelanjaan sepanjang tempoh pengajian. Jumlah pinjaman sebenar adalah jumlahpembayaran oleh MARA. Sekiranya jumlah pembayaran adalah kurang daripadaanggaran perbelanjaan maka perbezaan antara kedua-dua jumlah tersebut tidak bolehdituntut.16. Soalan: Bilakah MARA membuka tawaran penajaan pelajaran lepasan SPM atauperingkat Sarjana/PHD/Profesional?Jawapan: Kebiasaanya MARA akan membuka tawaran penajaan pelajaran untuklepasan SPM selepas keputusan SPM diumumkan. Manakala untuk peringkatSarjana/PHD/Profesional pada Februari setiap awal tahun.SOALAN LAZIM e-Baki MARA (FAQ)BAHAGIAN KAWALAN KREDITA. MAKLUMAT AMJADUAL BAYARAN BALIK1. Soalan : Bilakah saya perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA?Jawapan : Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7selepas pelajar tamat tajaan.Bermula tahun 2017, MARA tidak lagi menghantar Jadual Bayaran Balik secara pos.Jadual Bayaran Balik boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman webMARA.PENANGGUHAN BAYARAN BALIK2. Soalan : Saya sedang menyambung pengajian, dan saya telah menerima JadualBayaran Balik yang memerlukan saya menjelaskan bayaran balik, adakah saya bolehmemohon penangguhan bayaran balik?4

Jawapan : Penangguhan bayaran balik hanya dipertimbangkan sekiranya peminjammelanjutkan pelajaran secara sepenuh masa sahaja.Jika memenuhi kriteria di atas, peminjam perlu memohon rayuan permohonanpenangguhan bayaran balik ke Bahagian Kawalan Kredit. Sertakan sekali suratpengesahan sedang belajar daripada IPT yang mempunyai maklumat :a.b.c.Nama program/kursus yang diambilTarikh mula pengajianJangkaan tarikh tamat pengajianStatus permohonan penangguhan bayaran balik boleh disemak dan dicetak di sisteme-Baki yang terdapat di laman web MARA.BAYARAN BALIK3. Soalan : Saya ingin menjelaskan bayaran balik, bagaimanakah cara bayaran dibuat?Jawapan : Bayaran balik boleh dilakukan di Pejabat MARA Daerah/Negeri yangberdekatan, Pejabat Pos, melalui potongan gaji majikan, pengeluaran KWSP ataumelalui sistem perbankan atas talian (online banking). Maklumat lanjut boleh rujuk diLAMPIRAN.4. Soalan : Bolehkah saya membayar pinjaman saya melalui potongan Kumpulan WangSimpanan Pekerja (KWSP) ?Jawapan : Ya, boleh.Peminjam pelajaran MARA yang berhasrat membayar balik pinjamanpelajaran menggunakan akaun II KWSP perlu memohon secara online di LamanWeb KWSP .Sila maklum bahawa, syarat kelayakan e-Pengeluaran tertakluk kepada pihak KWSP.Panduan ringkas permohonan melalui Laman Web KWSP :Langkah 1 :Login ke i-Akaun ahli(peminjam perlu daftar sebagai ahli terlebih dahulu)Pastikan No. MARA digunakan sebagai no. rujukan dalam transaksi permohonan.Sila rujuk https://apps.mara.gov.my/ebakiv2 untuk dapatkan no MARA dan bakipinjaman.Langkah 2 :Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.Langkah 3 :Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersamadokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.5

5. Soalan : Saya akan berpindah dan menetap di luar Negara. Bagaimanakah carabayaran balik yang boleh digunakan ?Jawapan : Bayaran balik boleh dijelaskan sebagaimana berikut :Bil KaedahTindakan PelajarKesan1 MembuatMembuat TelegraphicTelegraphic Transfer Transfer di mana nilainya(TT) terus ke akaun mengikut tukaran matawangbank MARA di Bank asing.Islam MalaysiaBerhad Cawangan Pelajar perluMedan MARAmaklumkan maklumatNama akaun : Majlis bayaran kepada UrusanAmanah RakyatPenerimaan untuk(Akaun Penerimaan) diselaraskan ke lejerA/C NO.peminjam.1404101007772SWIFT NO. :BIMBMYKLCepat tetapi tidak digalakkankerana kesukaranmengenalpasti penerimaan.2 Menghantar BankMembuat Bank Deraf danDeraf kepadahantar melalui posBahagian KewanganMARA, KualaLumpur.Kadar caj yang tinggi akandikenakan oleh bank dantempoh masa yang lamauntuk penunaian (3-4 minggu)Bank Deraf.Amaun yang diterima olehbank MARA mungkin tidaksama dengan amaun yangdihantar oleh pelajar.Amaun yang diterima olehMARA mungkin tidak samadengan amaun yang dihantaroleh pelajar.3 DirectDebit/PerbankanInternet dari akaunbank di MalaysiaMempunyai akaun bank dibank-bank di Malaysia yangmempunyai kemudahanperbankan internet danusahasama dengan MARAiaitu Bank Islam, BankRakyat, Maybank, AMBank,CIMB Bank, Public Bank danRHB Bank.Bayaran akan diakaunkan kelejer peminjam dalam tempoh3 hari bekerja.Terdapat caj bank setiaptransaksi.Tidak melibatkan kadarpertukaran matawang asing.6. Soalan : Saya telah bekerja dan ingin membayar balik pinjaman melalui potongangaji. Bagaimanakah caranya ?Jawapan : Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan melengkapkan danmenandatangani Borang Potongan Gaji (Borang LPP 20A dan 20B/20C) dalam 36

salinan yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit MARA atau mencetakborang tersebut dari laman web www.mara.gov.my7. Soalan : Saya bercadang untuk menjelaskan bayaran balik melalui Arahan Bank.Apakah yang perlu saya lakukan ?Jawapan : Anda dikehendaki berurusan dengn pihak bank berkenaan. Salinan arahanbank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Sila pastikanpihak bank menyatakan nama, no. kad pengenalan dan no. akaun pelajar setiap kalitransaksi bayaran kepada MARA dibuat.PENGURANGAN BAYARAN BALIK8. Soalan : Saya telah lulus pengajian, adakah saya layak untuk memohon penguranganbayaran balik?Jawapan : Ya, layak untuk memohon pengurangan bayaran balik. Peminjam bolehbuat permohonan melalui sistem e-Baki melalui url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2Peminjam perlu jelaskan bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman PelajaranMARA. Akaun ini mempunyai 12 digit yang bermula 3303XXXXXXXX.Status permohonan juga boleh disemak melalui sistem ini.9. Soalan : Saya telah memohon pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA,tetapi saya masih belum menerima sebarang maklum balas.Jawapan : Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusanpengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulandari tempoh permohonan diterima / didaftarkan. Tempoh masa proses kelulusan inijuga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan PerintahKawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain. Sila hubungi UnitConversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.Emel: [email protected] / [email protected] / [email protected] /[email protected] / [email protected]: 03-26132130/ 32171 / 32180 / 32181 / 32198 / 32140 / 32156 / 32183 / 32184/ 32188 / 32174 / 3229810. Soalan : Mengapa saya tidak lagi menerima Penyata Tahunan baki PinjamanPelajaran MARA?Jawapan : Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunansecara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di lamanweb MARA.7

SENARAI HITAM11. Soalan : Saya menerima surat makluman senarai hitam (blacklist) daripada MARA.Apakah yang perlu saya lakukan untuk proses pemutihan?Jawapan: Peminjam perlu menyelesaikan tunggakan untuk proses pemutihanpinjaman. Peminjam perlu memaklumkan Bahagian Kawalan Kredit MARA denganmenyertakan bukti pembayaran untuk pengesahan bayaran telah dibuat.RESIT BAYARAN12. Soalan : Saya telah menjelaskan bayaran melalui perbankan internet / kaunter banktetapi kenapa tidak pernah menerima resit bayaran ?Jawapan : Resit bayaran tidak akan dikeluarkan sekiranya bayaran dibuat melaluiperbankan internet, kaunter bank dan Pejabat Pos. Pengesahan Bayaran / SlipBayaran adalah bukti pembayaran.SEMAKAN BAYARAN13. Soalan : Baru-baru ini saya ada menjelaskan bayaran balik. Bagaimana saya bolehmenyemak sama ada MARA telah menerima bayaran tersebut?Jawapan : Baki dan penyata kewangan disemak secara online melalui sistem e-Bakiyang terdapat di laman web MARA ataupun dengan menghubungI pegawai diBahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga (3) hari (hari bekerja) bayaran dilakukan.14. Soalan : Saya telah menjelaskan bayaran balik tetapi semakan melalui e-Bakimendapati ia masih belum dikemaskini.Jawapan : Pengemaskinian di e-Baki adalah dalam tempoh 3 hari (hari bekerja)daripada tarikh pembayaran.SURAT PENYELESAIAN PINJAMAN15. Soalan : Saya telah melangsaikan semua baki pinjaman. Adakah surat penyelesaianpinjaman akan dikeluarkan ?Jawapan : Surat penyelesaian pinjaman boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapatdi laman web MARA.BAHAGIAN B: LAIN-LAINPERTUKARAN ALAMAT1. Soalan : Jika saya telah bertukar alamat. Bagaimanakah caranya untuk sayamemaklumkan kepada MARA ?Jawapan : Anda boleh memaklumkan kepada Bahagian Kawalan Kredit MARAmelalui emel/surat/telefon disusuli dengan salinan kad pengenalan atau bil-bil utilitiyang tercatat alamat terkini.8

SEMAKAN SEBAGAI PEMINJAM ATAU PENJAMIN2. Soalan : Saya ada memohon pinjaman dari bank tetapi ditolak dan dimaklumkanmasih ada baki pinjaman MARA yang belum dijelaskan. Bolehkah saya menyemaksama ada saya pernah membuat pinjaman atau pernah menjadi penjamin bagipinjaman MARA?Jawapan : Ya, semakan boleh dibuat secara online melalui system e-Baki atau pundengan menghubung pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA.NOMBOR RASMI UNTUK DIHUBUNGI3. Soalan : Jika saya ingin menghubungi MARA, apakah nombor rasmi yang bolehhubungi?Jawapan : Anda boleh hubungi talian rasmi seperti berikut:MARA CALL CENTRETalian Utama: 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 / 35085/ 35086BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32132 / 323979

LAMPIRANSALURAN KEMUDAHAN BAYARAN1. KAEDAH BAYARANBayaran balik pinjaman pelajaran / pendahuluan pinjaman pelajaran / pinjaman komputer pelajar boleh dibuat melalui kemudahan yangdisediakan seperti berikut:i.TUNAIBayaran tunai boleh dibuat di:a) Kaunter Bayaran, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.b) Kaunter Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.c) Di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.ii.SISTEM PEMBAYARAN ELEKTRONIK (MARAeps)iii. KEMUDAHAN KAD DEBITBayaran menggunakan kad debit boleh dibuat:a) Kaunter Bayaran, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.b) Kaunter Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.iv. JOMPAY (Biller Code : 7195)iv. KEMUDAHAN BANKKEMUDAHAN/PERKHIDMATANBILBANK1BIMBKaunter BankPerbankan InternetATMSMSLengkapkan slip untuk bayaranhttp: //www.bankislam.bizDaftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM BIMBDaftar pengguna baru & buat bayaran melalui SMS BIMB2BANK RAKYATKaunter BankLengkapkan slip untuk bayaranPerbankan InternetATMPerbankan InternetPerbankan Internetmelalui telefonmudahalih (M3G)CARA BAYARANhttp: //www.irakyat.com.myDaftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATMhttp://www.maybank2u.comSet muat turun untuk mengaktifkan penggunaan perkhidmatan GPRS/3G.Setkan telefon mudah alih untuk penggunaan perbankan internet melaluitelefon mudah alih. Muat turun dan aktifkan M2U Mobile.3MAYBANK45AMBANKBSNPerbankan InternetKaunter Bankhttp://www.ambank.com.myLengkapkan slip untuk bayaran6789CIMBPUBLIC BANKRHB BANKAFFIN BANKPerbankan InternetPerbankan InternetPerbankan InternetPerbankan inbank.com.myPanduan terperinci bagi membuat bayaran boleh didapati dari laman web MARA http://www.mara.gov.my Caj bayaran akan dikenakan bagi setiap transaksi oleh pihak bank.v. CEK/BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POSCek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos hendaklah ditulis atas nama “ MAJLIS AMANAH RAKYAT “ dan berpalang. Sila nyatakanNama, Bil. Akaun Pelajar , No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon di belakang Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos. Bayaranhendaklah dialamatkan terus kepada Pengarah ,Bahagian Kewangan MARA,Tingkat 14, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609,Kuala Lumpur.vi. POTONGAN GAJI (Tertakluk kepada persetujuan majikan)Bayaran melalui Potongan Gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji yang boleh diperolehidari Bahagian Kawalan Kredit, Tingkat 9 , Ibu Pejabat MARA ATAU mencetak borang tersebut dari laman web :http://www.mara.gov.myvii. ARAHAN BANK (STANDING INSTRUCTION)Tuan/Puan dikehendaki berurusan dengan pihak bank yang berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARAuntuk simpanan dan rekod. Kadar ansuran/ bayaran hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh MARA. Pastikan Nama danBil. Akaun Pelajar dinyatakan setiap kali arahan bank dibuat.viii. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJATuan/Puan dikehendaki menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran simpanan KWSP bagimenyelesaikan baki pinjaman pendidikan MARA. Sila layari laman web KWSP http://www.kwsp.gov.myPENTING: PEMINJAM YANG GAGAL MENJELASKANTINDAKAN PENGUATKUASAAN SEPERTI BERIKUT:ANSURAN MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN AKAN DIKENAKAN10

a) SENARAI HITAM DARIPADA MENERIMA SETERUSNYA KEMUDAHAN MARA (PINJAMAN PELAJARAN,PERBIAYAANPERNIAGAAN, SEWA PREMIS DAN LAIN-LAIN)b) IKLAN AKHBAR DI MANA NAMA PEMINJAM AKAN TURUT DIKEMASKINI DI DALAM SISTEM MAKLUMAT PIHAK LUARSEPERTI INSTITUSI KEWANGANc) SERAHAN NAMA KEPADA AGENSI KUTIPAN HUTANGd) TINDAKAN UNDANG-UNDANGe) SEKATAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA2. SEMAKAN BAKI PINJAMANa) Semakan Baki dan Penyata Kewangan Pinjaman Pelajaran, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman Komputer Pelajar secaraOnline boleh dibuat melalui https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/Nota: a) Sila pastikan tuan/puan menerima resit rasmi MARA selepas membuat bayaran di kaunter MARA (kecuali bayaran di pejabat pos, bank&perbankan internet)b) Sila nyatakan butiran di bawah apabila membuat bayaran: i) Nama ii) No. Akaun Pelajar iii) No. Kad Pengenalan iv) Alamat11

Soalan: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya. Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya. 2.