
Transcription
Journal of Business and Social DevelopmentVolume 5 Number 2, September 2017: 75-94ISSN: 2289-2915 Penerbit UMTMAKNA SIRATAN BAHASA FIGURATIF DALAM CERPENMELAYU KARYA LIM SWEE TIN(IMPLICIT CONNOTATION OF FIGURATIVE LANGUAGEIN LIM SWEE TIN MALAY SHORT STORY)SITI NORASHIKIN MOHD KHALIDI*, NOR AZUWAN YAAKOB DAN ZAITUL AZMAZAINON HAMZAHFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.*Corresponding author: sitinorashikin [email protected]: Bahasa figuratif merupakan bahasa yang mengandungi makna siratan, iaitumenyamakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain secara tidak langsung. Justeru,makna siratan bererti makna yang terselindung, yang tersembunyi atau yang berada disebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Tiga buah cerpenMelayu yang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah Kabus Dinihari karya Lim Swee Tindipilih sebagai bahan kajian ini. Elemen yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah bahasafiguratif yang mengandungi unsur personifikasi sahaja. Personifikasi merupakan gayabahasa figuratif yang memberikan sifat dan tindak-tanduk manusia kepada benda atauperkara yang tidak bernyawa. Penganalisisan data adalah secara kualitatif. Dalam kajianmengenai bahasa figuratif, timbul persoalan hubungan antara bahasa yang digunakandengan ketepatan perkara yang dirujuk agar makna siratannya dapat ditafsir dan difahamioleh para pembaca. Berdasarkan persoalan tersebut, maka tujuan utama kajian ini adalahuntuk menganalisis makna siratan bahasa figuratif personifikasi dalam cerpen Melayukarya Lim Swee Tin. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986)diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian terhadap ketiga-tiga buahcerpen tersebut menunjukkan bahawa terdapat 45 data personifikasi. Secara keseluruhannya,fungsi penting kajian ini telah membuktikan bahawa personifikasi merupakan kaedah,gaya dan kebijaksanaan pengarang untuk melontarkan idea dalam penulisannya. Oleh itu,sesuatu perkara yang hendak disampaikan, difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapatmemberikan impak yang tinggi kepada para pembaca. Penggunaan personifikasi jugamenjadikan bahasa dalam cerpen lebih puitis.Kata kunci: Bahasa figuratif, makna siratan, cerpen Melayu, personafikasi, Teori Relevans.Abstract: Figurative language is a language that has implicit connotation, which go beyondliteral meanings of the words. Textual analysis of three Malay short stories entitled Tapah,Gok and Setelah Kabus Dinihari were deploy in this study using qualitative data analysis.The main focus was personification element of figurative language. Personification is anelement of figurative language that assigns the qualities of a person to something that isnot even alife. In figurative studies, the relationship between language and the accuracyof things that being referred were questioned. Therefore, this study aims to analyze theimplicit connotation of figurative language in Lim Swee tin’s Malay Short story. RelevanceTheory of Sperber and Wilson (1986) were utilized in order to enhance this study. Theresult shows that 45 personification data were found in those short stories. This studystrived that personification is a way of style and author’s ability in order to convey ideasthat might capture the readers. Thus, presents more poetic in short story language.Keywords: Figurative language, implicit connotation, Malay short stories, personification,Relevance TheoryJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
76Siti Norashikin Mohd Khalidi et al.PengenalanLim Swee Tin merupakan penerima anugerahS.E.A Write Award pada tahun 2000 danbeliau telah menghasilkan cerpen-cerpen yangmembawa pelbagai tema seperti tema perpaduankaum, kemanusiaan, kasih sayang, pergelutanhidup dan sebagainya. Tema tersebut beliaugarapkan dengan bijak melalui daya kreativitidan kelincahan beliau bermain dengan bahasa.Daya kreativiti dan kelincahan beliau dalammenghasilkan karya kreatif dan bermain denganbahasa ini telah berjaya menghidangkan cerpenyang memberikan kepuasan estetika yangmengagumkan. Antara cerpen beliau yang telahmemenangi anugerah ialah cerpen SesudahSenja (1990), dan cerpen Catatan di TigaPerhentian (2008) yang memenangi HadiahSastera Utusan Melayu – Public Bank, cerpenCahaya Lain di Wajah (1990) yang memenangiHadiah Cerpen DBP – Maybank dan cerpen ‘dr’(1990) yang memenangi Hadiah PenghargaanPeraduan Formula Malaysia (Lim Swee Tin,2011).Akan tetapi, pada mutakhir ini didapatibahawa sastera Melayu dilihat kurang menerimasumbangan daripada penulis Cina dan India(BH Online, 2014). Penulis Cina dan Indiadiperlukan dalam sastera Melayu kerana merekajuga mampu menghasilkan karya yang bermututinggi setanding dengan penulis nasional yanglain. Selain itu, hasil sastera Melayu seperticerpen dan novel memerlukan sumbangan yangberterusan daripada semua bangsa, kaum danetnik kerana sumbangan ini menjadi lambangkepada produk budaya dan jati diri negaraMalaysia.Bukan itu sahaja, bahasa yang merupakanmedium utama dalam karya sastera seperticerpen dan novel mengandungi pelbagaipemakaian gaya bahasa yang digunakan olehpengarang. Lim Swee Tin sebagai pengarangyang melahirkan karya-karya besar pastilahbukan sekadar menyampaikan cerita dalamcerpen beliau tetapi menggunakan gaya bahasayang tersendiri yang membezakan beliau denganpengarang yang lain untuk menyampaikanbuah fikiran, mesej, ideologi dan sebagainya.Pernyataan ini dapat disokong oleh Vijaya(2006) yang menyatakan bahawa gaya bahasamerupakan kaedah yang dapat membantupengarang untuk menyampaikan buah fikiranbagi menonjolkan peribadinya.Gaya bahasa juga tidak lari daripada maknasiratan. Ariff Mohamad (2016) menyatakanbahawa para pengarang telah menggunakangaya bahasa yang mengandungi makna siratansejak sekian lama lagi. Dalam al-Quran jugaterdapat gaya bahasa yang mengandungi maknasiratan seperti firman Allah S.W.T dalam ayatyang berikut:“Tidakkahkamumemperhatikanbagaimana Allah telah membuatperumpamaan kalimah yang baikseperti pohon yang baik, akarnya kuatdan cabangnya menjulang ke langit.”Surah al-Ibrahim, ayat 24“Dan perumpamaan kalimah yangburuk seperti pohon yang buruk, yangtelah dicabut akar-akarnya daripadapermukaan bumi; tidak dapat tetap(berdiri) sedikit pun.”Surah al-Ibrahim, ayat 26Banyak lagi ayat al-Quran yangmengandungi gaya bahasa siratan yangdigunakan oleh Pencipta dalam menyampaikanpengajaran, seruan, peringatan serta pengisahanseperti kisah-kisah nabi dan para sahabat kepadamanusia. Oleh itu, jelaslah menunjukkanbahawa dalam kehidupan seharian, penggunaangaya bahasa yang mengandungi maknasiratan sememangnya begitu sinonim kepadamanusia. Justeru itu, kajian terhadap tigabuah cerpen Melayu karya Lim Swee Tinyang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah KabusDinihari wajar dijalankan bagi melihat Limmengimplimentasikan kisah yang ada dalamkaryanya dengan bermediumkan pemakaiangaya bahasa yang mengandungi makna siratan.Selain itu, cerpen Tapah dan Gok relevandijadikan instrument kajian ini kerana cerpentersebut telah memenangi Hadiah CerpenESSO-GAPENA masing-masing pada tahun1983 dan 1986 manakala Cerpen Setelah KabusDinihari pula telah memenangi Hadiah CerpenJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
MAKNA SIRATAN BAHASA FIGURATIF DALAM CERPEN MELAYU KARYA LIM SWEE TINDBP – Maybank pada tahun 1991 (Lim SweeTin, 2011).Menurut Mary Fatimah Subet (2012)gaya bahasa tersirat menjadi pilihan penuturmasyarakat kerana malu untuk meluahkanperasaan dan sering berselindung dalampercakapan mereka. Tindakan ini berlakudikhuatiri jika mereka bercakap secara langsungakan menyinggung perasaan orang lain, tidaksopan atau tidak tahu malu. Antara jenis gayabahasa yang mengandungi makna siratan ialaheufemisme dan retorik. Gaya bahasa figuratifjuga berkomunikasi secara tersirat. Bahasafiguratif seperti simile, hiperbola, metafora,ironi dan sinisme jelas sekali melanggar maksimkerjasama Grice. Dalam Mary Fatimah Subet(2012) Grice (1975) menyatakan bahawa apabilaberlaku pelanggaran maksim, maka maklumatyang bakal disampaikan akan gagal. Sperberdan Wilson (1986) pula menyatakan bahawawalaupun kesemua jenis bahasa figuratif telahmelanggar maksim Grice, namun mesej yanghendak disampai secara tersirat tetap berkesan.Kepentingan dan pemahaman tentanggaya bahasa yang mengandungi makna siratanmemerlukan tafsiran yang tepat supaya tidakmendatangkan pemahaman yang salah. Kajianmengenai bahasa figuratif yang mengandungimakna siratan, bukan sahaja perlu dianalisispada peringkat semantik dan sintaktik tetapi jugaperlu melibatkan bidang pragmatik. Hal ini perludilakukan kerana bidang pragmatik merupakankesinambungan terhadap kajian tentang aspekmakna yang lebih luas. Oleh itu, Teori Relevansyang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilsonpada tahun 1986 diaplikasikan dalam kajian iniagar dapat memahami makna sebenar ungkapanbahasa figuratif tersebut.Dalam bahasa figuratif terdapat satu kaedahanalogi yang membentuk konsep abstrak denganmengaitkan simbol latar alam sekitar, tumbuhtumbuhan, haiwan, benda-benda cakerawala,alat kelengkapan hidup dan manusia. Perkaitandan hubungan ini dapat membantu setiapindividu untuk menyampaikan hajat masingmasing (Tenas Effendy, 2008). Contohnya,bahasa figuratif yang mengandungi unsur77personifikasi telah mengaitkan benda-bendaseperti burung, kucing, pokok dan sebagainyaseolah-olah memiliki sifat-sifat manusia.Bersandarkan kepada semua kenyataantersebut, maka kajian ini mempunyai justifikasibagi mengisi kelompongan analisis maknasiratan bahasa figuratif dalam cerpen Melayu.Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untukmenganalisis makna siratan bahasa figuratifpersonifikasi dalam tiga buah cerpen Melayuyang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah KabusDinihari karya Lim Swee Tin.Sorotan KajianGaya penulisan yang mempunyai makna siratanmerupakan penerus kepada kelangsungan orangMelayu dalam hasil sastera seperti pantun,pepatah dan peribahasa (Arif Mohamad, 2016).Dalam kajian ini beliau telah meneliti aspekmakna siratan yang terdapat dalam lima buahnovel Melayu yang membawa tema politik.Lima buah novel tersebut ialah Sebelas Rejab,Anak Mat Lela Gila, Tunggul-tunggul Gerigis,Nagogho Astana dan Naratif Ogonshoto. Kajianyang menggunakan kaedah Gagasan KritikanMelayu ini telah membuktikan kerelevenannyadalam mentafsirkan tentang makna siratanterhadap tiga dimensi, iaitu perilaku, peristiwadan unsur alam. Hasil kajian berpandukangagasan tersebut menunjukkan bahawamakna siratan ketiga-tiga dimensi merupakankaedah dan gaya pengarang sebagai usahamemperlihatkan kreativiti dan kebijaksanaanpengarang dalam menyampaikan mesej, kritikanatau pendapat. Walaupun kajian tersebut telahmembincangkan hal tentang makna siratan,namun aspek bahasa figuratif yang turutmengandungi makna siratan tidak dikaji. Olehitu, kajian mengenai bahasa figuratif perludilakukan kerana gaya bahasa ini turut menjadipenyumbang kepada kejayaan sesebuah karyakreatif dalam memperkukuh idea yang hendakdisampaikan oleh pengarangnya.Hiperbola dan personifikasi berfungsisebagai penegas; pembaca dapat merasakandan menciptakan imaginasi dan untukmemperindah gaya bahasa dalam karya (IniekeJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
78Siti Norashikin Mohd Khalidi et al.Kusuma Putir, 2013). Dalam kajian ini beliautelah mendeskripsikan makna bahasa figuratifhiperbola dan personifikasi dalam novel Negeri 5Menara karya Ahmad Faudi. Penelitian kajian inibersifat kualitatif dengan menggunakan teknikdokumentasi dan kaedah padan dengan teknikpilah unsur penentu. Hasil kajian terhadap noveltersebut telah menemukan 37 data hiperbola dan30 data personifikasi. Walaupun kajian ini telahmenjalankan kajian mengenai makna tersiratyang terdapat pada unsur personifikasi, namunkajian ini tidak menggunakan Teori Relevansyang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson(1986). Oleh itu, satu kajian mengenai bahasafiguratif yang memanfaatkan Teori Relevans(Sperber dan Wilson, 1986) wajar dijalankanbagi melihat keberkesanannya menganalisismakna siratan unsur personifikasi dalam cerpenMelayu karya Lim Swee Tin.Selain itu, Erry Pranawa (2012) turutmenjalankan kajian mengenai bahasa figuratifdalam novel. Novel yang dikaji ialah Burungburung Manyar karya Y.B. Mangunwijaya.Kajian ini bertujuan untuk membicangkanmakna bahasa figuratif yang meliputi metafora,simile, metonimi dan personifikasi. Keputusankajian ini mendapati bahawa metafora dilihatsebagai lambang budaya masyarakat Jawamanakala simile pula menjadikan jalan ceritalebih jelas, tepat dan menyerlah. Personifikasipula sangat banyak digunakan dalam noveltersebut yang berfungsi untuk menyampaikangagasan, pendapat dan pengalaman penulissupaya dapat dirasai oleh pembaca. Seterusnya,kajian mendapati bahawa metonimi digunakankerana terdapat banyak ungkapan yang bersifatsimbolik.Dalam kajian Mary Fatimah Subet(2012) yang bertajuk Teori Relevans dalamPersonifikasi telah mengenal pasti jenis bahasafiguratif ini dalam lima buah sajak, iaitu KeMakam Bonda, Pelacur Tua, Suasana, MataAyah dan Gadis Kecil karya Usman Awang.Dalam konteks ini, tinjauan dilakukan untukmenganalisis penggunaan personifikasi dalamsajak sebagai perantaraan untuk penyairmeluahkan emosinya sama ada emosi positifmahupun emosi negatif dengan menggunakanTeori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986).Hasil keputusan yang dijalankan membuktikanbahawa pengaplikasian teori yang digunakandalam mengkaji makna sebenar personifikasitersebut mampu menggambarkan perasaanpenyair. Seterusnya, kajian lain telah dijalankanoleh Mary Fatimah Subet dan Nor HashimahJalaluddin (2014), iaitu menganalisis maknabahasa figuratif dalam sajak Usman Awang yangbertajuk Selembar Kamus Kemiskinan. Kajianini memfokuskan makna kemiskinan sebagaibahasa figuratif ironi dengan menggunakanTeori Relevans (Sperber dan Wilson, 1986).Pengkaji telah menemui sembilan data ironi,manakala hasil terhadap analisis makna datatersebut memperlihatkan bahawa penggunaanironi dalam sajak Usman Awang telah berjayamenarik perhatian hati pembaca untukmenjiwai dan merasai kesedihan, simpati dankesengsaraan hidup dalam kemiskinan.Pada tahun 2015 pula Mary Fatimah Subetmenjalankan kajian yang hampir sama. Kajianini menganalisis makna siratan bahasa figuratifyang terdapat dalam sajak Pelacur Tua karyaUsman Awang. Menerusi kajian ini, penggunaanbahasa figuratif dalam sajak tersebut mampumenggambarkan perasaan seorang pelacurseperti rasa sedih, sunyi, gelisah dan menyesal.Antara jenis bahasa figuratif yang ditemui ialahpersonifikasi, hiperbola dan ironi. Dalam kajianini analisis makna siratan bahasa figuratif turutmengaplikasikan teori yang sama, iaitu TeoriRelevans (Sperber dan Wilson, 1986). Secararingkasnya, berdasarkan kajian-kajian yangtelah dijalankan oleh Mary Fatimah Subetdalam sajak-sajak Usman Awang penggunaanbahasa figuratif seperti ironi, personifikasi danhiperbola memainkan peranan yang pentingdalam menggerakkan daya imaginatif pembacasupaya turut merasai emosi penyair. Penelitianmengenai bahasa figuratif yang digunakan dalamsajak-sajak tersebut dapat dijadikan panduankepada kajian lanjutan dalam genre yangberbeza-beza. Hal ini perlu dilakukan keranabanyak lagi genre lain yang menggunakanbahasa figuratif dalam penulisannya.Journal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
MAKNA SIRATAN BAHASA FIGURATIF DALAM CERPEN MELAYU KARYA LIM SWEE TINSyamsidah Saad dan Raja Masittah RajaAriffin (2014) menjalankan kajian tentangmakna tersurat dan tersirat dalam iklan diradio berdasarkan Teori Imej. Kajian inimenggunakan kaedah rakaman audio bagi iklanyang dipilih dan kemudiannya ditranskripsikanke dalam bentuk data untuk dianalisis. Stesenradio yang dipilih dalam kajian ini ialah stesenradio Hot FM, Sinar FM, Era dan Ikim. Kajianini menfokuskan kepada menganalisis maknasiratan bahasa figuratif dan makna suratan yangterdapat dalam iklan di radio. Berdasarkandapatan yang diperoleh, penggunaan bahasafiguratif dalam iklan bertujuan untuk memujukpengguna agar tertarik untuk membeli produkyang dijual. Bukan itu sahaja, hasil kajian ini turutmendapati bahawa penggunaan bahasa tersuratyang padat dan ringkas serta mudah difahamioleh pengguna turut memberikan peranan yangpenting dalam pengiklanan. Kesimpulannya,walaupun kajian ini menganalisis maknatersurat dan tersirat yang terdapat dalam iklannamun pengkaji tidak mengenal pasti jenisbahasa figuratif yang digunakan. Oleh itu, kajianuntuk mengenal pasti bahasa figuratif yangmengandungi unsur personifikasi dalam karyalain wajar dijalankan.Penggunaan bahasa figuratif bukan sahajadigunakan dalam karya sastera malah dalamteks ucapan. Menurut Nurul Afifah AdilahMohd Salleh dan Normaliza Abd Rahim (2017)seorang pemimpin negara hendaklah bijakmengemblengkan bahasa apabila berhadapandengan masyarakat. Oleh itu, penggunaanbahasa figuratif dalam ucapan dilihat mampumenyelami pemikiran para pemimpin negara.Wong Shia Ho (2013) telah menjalankan kajianmengenai bahasa figuratif sebagai wahanapemikiran dalam teks ucapan. Tujuan kajianini adalah untuk menganalisis makna implisitbahasa figuratif yang terdapat dalam teks ucapanTunku Abdul Rahman dengan menggunakanTeori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperberdan Wilson (1986) bagi menyelami pemikiranTunku Abdul Rahman. Kajian ini memanfaatkantiga data bahasa figuratif, iaitu metafora, similedan ironi. Hasil analisis makna implisit bahasafiguratif tersebut memperlihatkan bahawa79penggunaan bahasa figuratif dalam teks ucapanTunku dapat menjelaskan pemikiran sosiopolitikbeliau tentang harapan dan pendirian dalamkepemimpinannya terhadap negara.Satu kajian mengenai penggunaan bahasafiguratif dalam penulisan murid sekolah rendahtelah dijalankan oleh Siti Faridah Omar danFadilah Isnin (2017). Kajian ini bertujuanuntuk membimbing guru mengajar muridmenggunakan bahasa figuratif dalam karangannaratif. Kajian ini menggunakan 111 sampelyang terdiri daripada murid sekolah rendahdengan memberikan tumpuan kepada bahasafiguratif simile, metafora, personifikasi danhiperbola. Hasil kajian mendapati bahawa 100peratus guru bersetuju bahawa penggunaanbahasa figuratif dalam proses pengajaran danpembelajaran membantu guru untuk mengajarmurid mengarang dengan lebih berkesandan dapat memperkayakan kosa kata murid.Kemudian, 90 peratus murid pula mengatakanbahawa mereka dapat mengaplikasikan bahasafiguratif khususnya simile dan hiperboladengan baik dalam penulisan karangan naratifmereka. Dalam kajian ini juga, murid diajaruntuk menggunakan bahasa figuratif yangsesuai berdasarkan konteks karangan mereka.Oleh itu, penggunaan bahasa figuratif bukansahaja sangat penting agar proses pengajarandan pembelajaran lebih efektif bahkan dapatmembina ayat yang indah dalam penulisankarangan.Dalam artikel yang bertajuk BahasaFiguratif Pemanis Bicara (Zurinah Hassan,2011) menyatakan bahawa bahasa mempunyaikaitan yang sangat rapat dengan bangsa yangmenuturkannya. Tambah beliau lagi, keindahan,kehalusan dan pemikiran sesuatu bangsatergambar melalui bahasanya. Ketiga-tigaperkara ini dapat dilihat melalui penggunaanbahasa figuratif. Kajian yang dijalankan memilihakhbar Utusan Malaysia, Berita Minggu,Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sebagaibahan kajian. Hasil kajian menemui sembilanbahasa figuratif seperti metafora dan metonimi.Zurinah Hassan (2011) turut menyatakan bahawaSasterawan Negara telah menghasilkan karyaJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
80Siti Norashikin Mohd Khalidi et al.dengan menggunakan pelbagai perlambangandaripada objek alam. Berdasarkan hal tersebut,kajian lanjutan mengenai bahasa figuratifkhususnya personifikasi dalam cerpen Melayukarya Lim Swee Tin sesuai untuk dijadikansebagai data kajian oleh pengkaji.Kesimpulannya,berdasarkansoratanterdahulu wujud permasalahan kajian yangmemerlukan satu kajian yang khusus mengenaibahasa figuratif yang mengandungi unsurpersonifikasi. Tambahan pula, bersesuaiandengan kenyataan yang dipaparkan dalam BHOnline (2014), iaitu mutakhir ini hasil karyasastera oleh penulis bukan Melayu semakinberkurangan. Oleh itu, cerpen Melayu karya LimSwee Tin wajar dijadikan sebagai bahan kajianbagi mencapai objektif kajian ini. Objektifkajian ini adalah untuk menganalisis maknasiratan bahasa figuratif personifikasi dalam tigabuah cerpen Melayu yang bertajuk Tapah, Gokdan Seteleh Kabus Dinihari.MetodologiKajian ini menggunakan kaedah analisiskandungan teks yang melibatkan penganalisisandata secara kualitatif. Secara ringkasnya,kualitatif merupakan kaedah untuk mencaridan menerangkan data penyelidikan (KamarulAzmi, 2012).Pengkaji memilih tiga buah cerpen karyaLim Swee Tin sebagai instrumen kajian, iaituTapah, Gok dan Setelah Kabus Dinihari. Melaluicerpen-cerpen ini, Lim Swee Tin menonjolkanpenggunaan bahasa figuratif yang mengandungiunsur personifikasi dalam memperlihatkantema-tema yang lebih mencabar sepertitema tentang kemanusia yang penuh dengankemelutnya dan tema tentang kemasyarakatanyang berlatarbelakangkan suasana desa sebagaidaya dan gaya untuk menggugah emosi danminda pembaca.Cerpen Tapah mengisahkan hal tentang isupergelutan dan kasih sayang. Usin yang sangatsayang kepada anaknya, Lamin bertekad inginmembunuh seekor ikan, iaitu tapah kerana telahmenyerang Lamin sehingga lumpuh. CerpenGok pula menceritakan hal tentang seoranganak bernama Jusuh yang mempertahankansebuah bangsal peninggalan pusaka keluarganyadaripada dimusnahkan oleh Saleh. Bangsaltersebut menempatkan segala kelengkapan lautseperti pukat serta gok sebagai aktiviti pertanianorang-orang Kampung Hutan Merbau. Keduadua cerpen Lim Swee Tin ini telah memenangiHadiah Cerpen ESSO-GAPENA masing-masingpada tahun 1983 dan 1986.Seteleh Kabus Dinihari pula merupakancerpen yang telah memenangi Hadiah CerpenDBP - Maybank pada tahun 1991. Cerpen inimengetengahkan hal tentang latar belakangmasyarakat keluarga Cina. Dalam cerpen inisebuah keluarga Cina yang terdiri daripada watakbapa bernama Ah Liew, watak ibu bernama LeeHua dan anaknya bernama Mei Fong yang telahmenjumpai seorang budak bernama Fazliana.Persoalan mengenai kehilangan Fazlianaterjawab apabila ibu bapa Fazliana datang kerumah mereka untuk mengambil anaknya itu.Oleh itu, objektif kajian ini adalah untukmenganalisis makna siratan bahasa figuratifyang mengandungi unsur personifikasi dalamtiga buah cerpen Melayu karya Lim Swee Tin.Ketiga-tiga buah cerpen ini dikaji makna siratanbahasa figuratif tersebut berpandukan TeoriRelevans yang diperkenalkan oleh Sperber danWilson (1986).Analisis dan PerbincanganGaya bahasa merupakan aspek penting dalamilmu sastera dan sekalis gus dalam ilmulinguistik (Suwardi Endraswara, 2003). MenurutAsrul Azuan Mat Dehan, Nor Azuwan Yaakobdan Nik Fazrul Azri Nik Azis (2017), gayabahasa melibatkan aturan kata yang digunakanoleh para pengarang untuk melahirkan idea,fikiran dan saranan mereka. Dalam kajian iniunsur personifikasi dipilih sebagai kelomponganmengenai kajian yang telah dilakukan olehpengkaji lain.Selain itu, kajian ini memilih untuk mengenalpasti bahasa figuratif yang mengandungi unsurpersonifikasi sebagai data kajian kerana bertitikJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
MAKNA SIRATAN BAHASA FIGURATIF DALAM CERPEN MELAYU KARYA LIM SWEE TINtolak kepada pendapat pengkaji yang lain.Antaranya, Maslida Yusof (1999) menyatakanbahawa persekitaran sentiasa mempunyai kaitanyang rapat dengan kehidupan masyarakat sehariharian. Ariff Mohamad (2017) turut memberilaluan kepada rasional kajian ini dijalankan.Beliau menyatakan bahawa masyarakat begitusensitif terhadap persekitaran, kejadian atauperistiwa yang berlaku di sekelilingnya. Olehitu, mereka memberi tidak balas atau reaksiterhadap sesuatu perkara itu sehingga wujudnyabahasa figuratif seperti personifikasi.Kajian ini memanfaatkan tiga buah cerpenMelayu karya Lim Swee Tin. Dalam hal ini,tiga buah cerpen Lim dipilih memandangkanpengarang merupakan Sasterawan Negara yangberbangsa Cina yang mampu menghasilkankarya yang bermutu tinggi seperti penulisnasional yang lain. Dalam artikel yang bertajukSumbangan Sasterwan Cina, India (BH Online(2014) menyatakan bahawa Lim memberisumbangan yang konsisten dan bermutu tinggisehingga melayakkan beliau dianugerahkanpenerima S.E.A. Write Award. Oleh itu, kajianterhadap tiga buah cerpen ini rasional dianalisisdalam menaikkan nama, dorongan dan semangatagar penulis bukan Melayu terus memberikansumbangan mereka kepada sastera Melayusekali gus dapat memperlihatkan kebijaksanaanmereka. Jadual 1 merupakan dapatan kajian ini,iaitu:Penggunaan Bahasa Figuratif Personifikasidalam Cerpen Melayu Karya Lim Swee TinJadual 1 menunjukkan kekerapan bahasafiguratif personifikasi dalam cerpen Melayukarya Lim Swee Tin. Berdasarkan jadual tersebutcerpen Gok mencatatkan jumlah bahasa figuratifpersonifikasi yang paling tinggi, iaitu sebanyak18 data (40 peratus) diikuti oleh cerpen SetelahKabus Dinihari, iaitu sebanyak 15 data (33peratus), manakala cerpen Tapah pula sebanyak12 data (27 peratus). Secara keseluruhannya,memperlihatkan bahawa terdapat penggunaanbahasa figuratif yang mengandungi unsurpersonifikasi dalam ketiga-tiga buah cerpenMelayu karya Lim Swee Tin. Penggunaanpersonifikasi digunakan dalam ketiga-tigabuah cerpen Melayu ini didapati bersesuaiandengan konteks seperti latar peristiwa yangberlaku sekali gus dapat membangkitkanperasaan kepada pembaca. Hal ini seperti yangtelah dinyatakan oleh Sukarni (2012) bahawapersonifikasi berfungsi untuk menghidupkansuasana.Penganalisisan Makna Siratan BahasaFiguratif Personifikasi dalam Cerpen MelayuKarya Lim Swee TinMenurut Keraf (2007) gaya bahasamerupakan saranan yang sengaja atautidak sengaja ditulis oleh penulis dalammengekspresikan karyanya. Gaya bahasayang baik dilihat mengandungi kata yangsopan, menarik dan jujur. Kata-kata seperti initerkandung dalamnya makna tersurat mahupuntersirat. Kata tersurat merupakan sesuatu bahasayang mudah, langsung dan berterus terang.Manakala kata yang tersirat pula memerlukantafsiran yang lebih meluas. Oleh itu, bahasafiguratif menunjukkan bahawa makna sesuatukata atau ekspresi itu dikembangkan untukmengisi ruang yang lebih luas atau ruang yangberbeza daripada yang biasa (Md. Sidin AhmadIshak dan Mohd Saleeh Rahamad, 1996).Jadual 1: Bahasa Figuratif Personifikasi dalam Cerpen Melayu Karya Lim Swee TinBil.Cerpen Melayu81JumlahPeratus (%)1.Tapah12272.Gok18403.Setelah Kabus Dinihari1533Jumlah45100Journal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
82Siti Norashikin Mohd Khalidi et al.Bukan itu sahaja, bahasa figuratif yangmengandungi makna siratan dalam kontekskajian ini merujuk kepada gaya bahasapersonifikasi yang membuatkan kita terfikirtentang rujukannya. Pemikiran inilah yangmemberikan makna yang tepat kepada bahasafiguratif personifikasi yang terdapat dalamtiga buah cerpen Melayu karya Lim Swee Tin.Justeru itu, ungkapan bahasa figuratif yangmengandungi unsur personifikasi dianalisismakna siratannya seperti yang berikut:a.Penganalisisan Makna Siratan BahasaFiguratif Personifikasi dalam CerpenTapahContoh 1“Lembing ini dahagakan tubuhmu ”(Halaman: 65)Bahasa Bahasa figuratif dalam Contoh1 dikenal pasti sebagai personifkasi.Menurut Joanna Lwi (2004) personifikasididefinisikan sebagai memberikan sifatkemanusiaan kepada sesuatu haiwan ataubenda tidak bernyawa. Justeru itu, melaluiContoh 1 ini terserlah bahawa ungkapantersebut terdiri daripada unsur personifikasi,iaitu melalui kata lembing yang disifatkanmempunyai rasa dahaga seperti yangdimiliki oleh sifat yang ada pada manusia.Jika dari segi makna linguistik, jelassekali menunjukkan bahawa ayat inimembawa maksud lembing itu berasa haus.Berdasarkan dalam Kamus Dewan EdisiKeempat (2014) hal ini dapat dilihat sepertidalam Jadual 2 iaitu:.Berdasarkan Jadual 2 secara mudahnyamakna linguistik bagi dahagakan ialah hausatau hendak minum. Walau bagaimanapun,dengan mengambil kira perkataan laindalam ungkapan tersebut, terdapat katatubuhmu selepas kata dahagakan. Olehitu, kata dahagakan bukan merujuk kepadahaus atau hendak minum tetapi mempunyaimakna siratan. Melalui Teori Relevans,pengkaji akan menentukan kod, inferensdan andaian untuk menganalisis maknasiratan bagi Contoh 1 seperti dalam Jadual3.Andaian dalam Jadual 3, iaitu berkeinginanmembunuh tubuhmu merupakan maksudsiratan bagi dahagakan. Proses menentukanbeberapa andaian yang paling tepatdilakukan berdasarkan beberapa konteksyang terdapat dalam cerpen tersebut.Konteks permulaan ini merujuk kepadaperkataan yang melingkunginya, iaitulembing dan tubuhmu. Melalui kedua-duaperkataan ini, pembaca akan memprosesmakna dahagakan dengan sesuatu yangberkeinginan selain daripada rasa hausatau ingin minum. Hal ini sedemikiankerana, melalui peranan kognitif umumnyaJadual 2: Makna Linguistik “Lembing ini dahagakan tubuhmu ”ContohPersonifikasi1.“Lembing ini dahagakantubuhmu ”Makna Linguistiki.ii.iii.iv.v.lembing – sejenis senjata bermata besi, seligiini – kata petunjuk untuk benda (tempat dan waktu yang dekat)dahagakan – haus, hendak minumtubuh – keseluruhan jasad manusia atau binatang yang kelihatanmu – singkatan bagi kamu (kata ganti diri kedua)Jadual 3: Makna Siratan “Lembing ini dahagakan tubuhmu ”Analisis Teori RelevansContoh 1: “Lembing ini dahagakan tubuhmu ”KoddahagakanInferensberkeinginan kerasAndaiani. berkeinginan membunuh tubuhmuii. bernafsuiii. perasaan ingin disayangiJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 75-94
MAKNA SIRATAN BAHASA FIGURATIF DALAM CERPEN MELAYU KARYA LIM SWEE TINpembaca mengetahui bahawa lembingmerupakan sejenis senjata bermata besidan memiliki sifat yang tajam. Bukan itusahaja, lembing merupakan senjata yangdigunakan oleh masyarakat dahulu untukmempertahankan diri. Oleh itu, andaianmerujuk kepada lembing yang berasa hausatau hendak minum tidak relevan dalammenganalisis makna siratan bagi Contoh1. Konteks yang kedua pula ialah merujukkepada kata tubuhmu. Dalam hal ini,tubuhmu merujuk kepada tubuh tapah, iaitusejenis ikan. Maka, berdasarkan peranankognitif dahagakan bermakna haus atauhendak minum adalah tidak tepat samasekali kerana melalui pengetahuan
buah cerpen Melayu karya Lim Swee Tin yang bertajuk Tapah, Gok dan Setelah Kabus Dinihari wajar dijalankan bagi melihat Lim mengimplimentasikan kisah yang ada dalam karyanya dengan bermediumkan pemakaian gaya bahasa yang mengandungi makna siratan. Selain itu, cerpen Tapah dan Gok relevan dijad