
Transcription
TEKS UCAPANYANG MULIADATO PADUKA HAJI MUSTAPPA BIN HAJI SIRATTIMBALAN MENTERI PERTAHANANBRUNEI DARUSSALAM“PERPADUAN DALAM PERTAHANAN”MAJLIS PERASMIAN LATIHAN KURSUS PEGAWAI KADETPENGAMBILAN KE-9 2012 / 201312 ZULKAEDAH 143328 SEPTEMBER 2012DEWAN MAKAN SEKOLAH PEGAWAI KADETAKADEMI PERTAHANANANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEIPERKHEMAHAN SUNGAI AKAR
Alhamdulillahi Rabbil ’Alamin. Wassalatu Wassalamu’Ala Asyrafil Anbiya’i Wal Mursalin, Sayyidina MuhammadinWa’ala Alihi Wa Sohbihi Ajma’in.Rabbisyrahlii ShadriiWa Yassirlii ’AmriiWahlul Uqdatam MillisaaniiYafqahuu QauliiYang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata DirajaBrunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsanbin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka HajiAbidin,Yang Mulia Setiausaha Tetap PentadbiranKewangan, Puan Hajah Suriyah binti Haji Umar,1dan
Yang Mulia Setiausaha Tetap Dasar Pertahanan danPembangunan, Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham binPengiran Haji Mohammad,Yang Dimuliakan dan Yang Mulia ahli-ahli JawatankuasaEksekutif Pertahanan,Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Komandan;Komandan Akademi Pertahanan, Pengarah-Pengarahdan Pegawai-Pegawai Kanan;Yang Saya hormati para Ibu Bapa, keluarga, PegawaiPegawai Kadet serta hadhirin dan hadhirat sekalian,Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuhdan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadhrat AllahSubhanahu Wa Ta’ala yang telah mengurniakan kita dengansegala rahmat dan kebaikan, serta mengizinkan kitaberhimpun di pagi Jumaat yang mulia ini, bagi Majlis2
Perasmian Latihan Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-9,Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.Selawat serta Salam ke atas junjungan besar NabiMuhammad Shalallahu ’Alaihi Wasallam, kaum kerabat,sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut baginda yang telahmensyariatkan sinar Islam kepada seluruh umat.Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, sayasukacita mengalu-alukan penyertaan 48 orang Pegawai Kadet,yang terdiri dari 34 orang Lelaki dan 14 orang Perempuan,yang telah terpilih untuk mengikuti latihan asas ketenteraandan menceburi kerjaya sebagai pegawai tentera di AngkatanBersenjata Diraja ngguhnya membawa makna yang besar dan mendalamkepada kita semua, terutama kepada Angkatan BersenjataDiraja Brunei khususnya, dan kepada pembangunanpertahanan Negara umumnya.3
Penyertaan Pegawai-Pegawai Kadet dan kehadiran paraIbu Bapa dan keluarga di majlis ini, jelasnya mencerminkankeyakinan dan keazaman kita semua untuk mendokongpertahanan Negara, lebih-lebih lagi ketika mana kitaberhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan, baik abangsa ataupun musibah yang berlaku kepada kitasendiri.Keadaan ini jelas membuktikan bahawa perpaduan dansokongan padu daripada Ibu Bapa, keluarga dan seluruhmasyarakat dan rakyat di Negara ini, adalah merupakan asaspenting bagi kita terus tegak membina benteng pertahanan,demi kesinambungan Keselamatan dan Keamanan negara.Justeru itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih kepada semua graduan, sertaIbu Bapa dan keluarga mereka yang telah memberi segalasokongan dan galakan untuk memasuki kerjaya tentera.Pada hemat saya, semangat patriotisme yang tinggi dikalangan rakyat di Negara ini, adalah hasil dari kepimpinan4
yang berwibawa daripada Raja yang kita kasihi, Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam.Kita bersyukur mempunyai Raja yang prihatin terhadapkeselamatan dan kesejahteraan rakyat, menghargai segalaperanan dan sumbangan yang dihulurkan oleh setiap individu,setiap pegawai kadet dan tentera, malah setiap rakyatBaginda.Dalam titah Baginda semasa Sovereign’s ParadePengambilan Ke-7, Baginda sangat memberi perhatian kepadaperanan dan pengorbanan Ibu Bapa dan keluarga yang tidakmengenal batasannya.Atas asas ini ketaatan kita harus kita tumpukan danberikan sepenuhnya kepada kepimpinan Baginda, agar kitabersatu padu dan berpayung di bawah Kepimpinan Bagindadalam menjaga pertahanan dan keselamatan Negara.5
Dari perpaduan dan keikhlasan ini, dan dengankeimanan yang tidak boleh diganggu-gugat, juga lahirnyaAngkatan Tentera yang kita harap akan mendapat keredhaandari Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua dan sentiasa di bawahperlindungannya.Inilah semangat murni yang harus kita semai, biar akanselama-lamanya subur, dan memberi kita kekuatan untuk terusberhadapan dengan sebarang cabaran yang mendatang, danbukan lari daripadanya.Walau seberat manapun tanggungjawab yang harusdilaksanakan itu, Insya Allah akan kita pikul bersama denganpetunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua.Setiap dugaan dan cabaran tidak akan kita biarkan untukmelemahkan kita, bahkan segala apa yang kita lalui akandijadikan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan tentera.6
Bak Kata Pepatah,“Biduk lalu Kiambang bertaut,Pantang mundur, Membujur lalu dan Melintang patah”.Kita bersyukur kerana pagi ini kita berhadapan denganpara lulusan graduan dan cendekiawan yang menghargaihakikat ini dan peka kepada aspirasi negara.Dan yang sudah nyata mereka ingin memainkanperanan dengan menceburkan diri dalam kerjaya tentera.Profesion tentera sering sinonim dengan kekuatansemangat, disiplin dan fizikal diri.Saya percaya Pegawai-Pegawai Kadet, yang terpilih darilulusan Diploma dan Ijazah dari berbagai bidang, sudahmenepati kehendak ini.Tinggal lagi persoalannya, sejauh manakah nilai-nilaiilmu dan jati diri ini dapat membawa perubahan dan7
pembaharuan kepada diri masing-masing, kepada pasukan,dan kepada institusi tentera keseluruhannya.Kementerian Pertahanan dan Angkatan BersenjataDiraja Brunei, seperti yang pernah Peramba, Kaola, Sayakatakan merupakan satu institusi yang dinamik yang terusbergolak dengan mengikut arus peredaran zaman.Setiap apa yang berlaku, tidak akan terbiar berlalu begitusaja, malah apa yang pernah dialami dan dilalui itu akan terusmenjadi iktibar dan pengajaran yang akan meningkatkan lagiazam dan iltizam kita untuk meningkatkan kewibawaaninstitusi tersebut.Kita harapkan kepada Pegawai-Pegawai Kadet yangakan menjalani latihan supaya akan terus memupuk semangatperpaduan, membawa obor pembaharuan dan perubahandalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, atas namamembina pertahanan yang credible dan profesional.8
Masih banyak yang perlu kita perkatakan dalammembuat perubahan.Ia merangkumi perubahan minda,perubahan budaya, perubahan sikap dan sebagainya, semuaini harus membawa objektif pertahanan seperti yang termaktubdalam Kertas Putih Pertahanan bahawa Angkatan Tentera Kitaadalah sebuah angkatan yang Professional, ResourceEfficient, dan Gallantry.Inilah yang ingin saya tegaskan, bukan saja kepadaPegawai-Pegawai Kadet, bahkan juga kepada SekolahPegawai Kadet dan Akademi Pertahanan, agar lebih relevandalam kita meniti arus peredaran zaman.Sepertimana jua halnya dengan organisasi di tempatlain, tidak kira tentera mahupun awam, akan sentiasaberkehendakkan setiap generasi baru itu akan menjadi lebihbaik dari yang sebelumnya.Sejajar dengan tabiat semulajadi bagi seseorang yanginginkan kemajuan, pengetahuan dan kemahiran haruslahberkembang mengikut peredaran masa. Perkembangan ini9
tidak syak lagi perlulah didorong dengan sokongan dari semuainstitusi yang terlibat.Oleh itu Sekolah Pegawai Kadet, perlu terus mengkajidan mengkaji, dan mempunyai flexibility, bagi meningkatkanlagi kualiti latihan dan pembelajaran untuk mencapai misipenubuhannya.Tidak lupa juga kepada sokongan dan dorongan IbuBapa serta ahli keluarga dalam perkara ini adalah sentiasadiharapkan, semoga ia akan terus menyuntik semangatkepada semua Pegawai-Pegawai Kadet untuk merealisasikanpotensi mereka dengan memberikan yang terbaik semasalatihan.Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniahkepada semua Pegawai Kadet serta Ibu Bapa dan keluarga,dan saya berdoa agar semua 48 orang Pegawai Kadet yangada pada masa ini berjaya menamatkan latihan dengancemerlang, Insya Allah.10
Dengan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim,saya dengan sukacitanya merasmikan Latihan KursusPegawai Kadet Pengambilan Ke-9, Sekolah Pegawai KadetAngkatan Bersenjata Diraja ��alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.11
antarabangsa ataupun musibah yang berlaku kepada kita sendiri. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa perpaduan dan sokongan padu daripada Ibu Bapa, keluarga dan seluruh . Profesion tentera sering sinonim dengan kekuatan semangat, disiplin dan fizikal diri. S